Universiti Utara Malaysia - Kolej Yayasan Melaka

Pengenalan
Melalui jalinan kerjasama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Kolej Yayasan Melaka (KYM) semenjak tahun 1998, pihak KYM telah diberikan kebenaran untuk mengadakan kursus sepenuh masa iaitu, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian atau Bachelor of Business Administration (With Honours) - BBA (Hons) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian atau Bachelor of Information Technology (With Honours)- BIT(Hons). Kini Jabatan UUM terus berkembang selaras dengan perkembangan Kolej Yayasan Melaka sendiri.

k
Objektif Penubuhan
i. Membina perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar seterusnya menghasilkan produktiviti yang tinggi bagi melahirkan para intelektual yang profesional dan berkualiti, penggabungan keimanan, ilmu pengetahuan dan akhlak merupakan komprehensif dalam meneruskan pembangunan ini.

ii. Menjadikan organisasi ini sebuah organisasi yang matang dari segi perjalanan pentadbiran yang melibatkan pelajar sebagai klien/pelanggan dengan kakitangan/ pensyarah.

iii. Mempertingkatkan hubungan dengan terjalin dengan Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia(UUM) bagi memantapkan lagi program yang dilaksanakan.
 
Kursus yang ditawarkan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Dengan Kepujian)
Tempoh Pengajian : 6 semester atau 3 tahun
Jumlah kredit : 126 jam kredit (sepenuh masa)
Pengambilan : Julai dan Januari
Permohonan : Borang Permohonan

 
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan ialah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian yang akan membuat pengkhususan dalam bidang :

i. Pemasaran
ii. Keusahawanan
Keperluan kredit untuk bergraduat : 126 jam kredit
 
Kelayakan Akademik

Lulus SPM/setaraf dengan baik; dan
Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/Setaraf; dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau Lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) bagi BBA (Hons); atau
Lulus Bahasa Inggeris/ English for Science & Technology (EST) di peringkat SPM atau Lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) bagi BIT (Hons); dan

Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
Diploma:
Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau

STPM:
Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
- Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain. dan

Lulus dalam mata pelajaran Metematik/Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/Perdagangan di peringkat SPM bagi BBA (Hons),

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu di peringkat SPM.

atau

Matrikulasi:
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Undang-Undang KPTM (Sesi 2004/2005 dan ke bawah) dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00; dan

Lulus semua mata pelajaran pengkhususan; dan

Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Perdagangan di peringkat SPM bagi BBA (Hons); atau
Kepujian Matematik atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM bagi BIT (Hons).

atau

STAM:
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya tahap jayyid; dan

Kepujian Matematik atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM bagi BIT (Hons).
 
Pecahan Klasifikasi Mata Pelajaran

Pecahan Jumlah Jam Kredit
Komponen Jam Kredit
Teras Universiti 22
Teras Program 83
Elektif Program 18
Elektif Bebas 3
Jumlah 126
 

Senarai Kursus


Teras Universiti
Tamadun Islam & Tamadun Asia
Hubungan Etnik
Kenegaraan Malaysia
Communication I
Communication II
English For Higher Education
Asas Keusahawanan
Ko-Kurikulum

Teras Program
Prinsip dan Amalan Perniagaan Islam
Sains Pemikiran dan Etika
Pengantar Sains Sosial
Matematik Untuk Pengurusan
Bahasa Melayu Pengurusan
Pengantar Statistik
Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan
Public Speaking
Prinsip Ekonomi
Business and Professional Communication
Perakaunan Perniagaan
Pengantar Pemasaran
Pengurusan Pemasaran
Pengurusan Perniagaan
Gelagat Organisasi
Perniagaan Antarabangsa
Pengurusan Kewangan I
Pengurusan Kewangan II
Undang-Undang Perniagaan
Statistik Gunaan
Kaedah Penyelidikan
Undang-Undang Syarikat
Sistem Maklumat Pengurusan
Pengurusan Pengeluaran & Operasi
Pengurusan Strategik
Keusahawanan
Etika Pengurusan
Pengurusan Sumber Manusia

Elektif Program
1. Terdapat dua (2) bidang yang ditawar iaitu :-
i. Pemasaran
ii. Keusahawanan
2. Praktikum/ 2 kursus lain

Elektif Bebas

Pelajar boleh mengambil mana-mana kursus yang ditawarkan oleh institusi dengan mengambilkira perkara berikut:

a. Perlu memenuhi pra – syarat kursus jika kursus tersebut memerlukan pra – syarat .
b. Kursus-kursus setara tidak boleh dijadikan sebagai elektif bebas.

 

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Dengan Kepujian)
Tempoh Pengajian : 6 semester atau 3 tahun
Jumlah kredit : 114 jam kredit (sepenuh masa)
Pengambilan : Julai dan Januari
Permohonan : Borang Permohonan

 
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan ialah Sarjana Muda
Teknologi Maklumat dengan Kepujian yang akan membuat
pengkhususan dalam bidang :
i. Pengurusan Maklumat atau
ii. Kejuruteraan Perisian.
Keperluan kredit untuk bergraduat : 114 jam kredit
 
Kelayakan Akademik
Lulus SPM/setaraf dengan baik; dan
Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/Setaraf; dan

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau Lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) bagi BBA (Hons); atau
Lulus Bahasa Inggeris/ English for Science & Technology (EST) di peringkat SPM atau Lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) bagi BIT (Hons); dan

Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
Diploma:
Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau

STPM:
Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
- Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain. dan

Kepujian Matematik atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM bagi BIT (Hons); dan

Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu di peringkat SPM.

atau

Matrikulasi:
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Undang-Undang KPTM (Sesi 2004/2005 dan ke bawah) dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00; dan

Lulus semua mata pelajaran pengkhususan; dan

Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Perdagangan di peringkat SPM bagi BBA (Hons); atau
Kepujian Matematik atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM bagi BIT (Hons).

atau

STAM:
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya tahap jayyid; dan

Kepujian Matematik atau Lulus Matematik Tambahan di peringkat SPM bagi BIT (Hons).
 
Pecahan Klasifikasi Mata Pelajaran

Pecahan Jumlah Jam Kredit
Komponen Jam Kredit
Teras Universiti 22
Teras Program 62
Bidang Tumpuan 27
Elektif Bebas 3
Jumlah 114
 
Senarai Kursus


Teras Universiti
Tamadun Islam & Tamadun Asia
Hubungan Etnik
Kenegaraan Malaysia
Communication I
Communication II
English For Higher Education
Asas Keusahawanan
Ko-Kurikulum

Teras Program
Sains Pemikiran dan Etika
Struktur Diskrit
Pengaturcaraan Awalan
Pengaturcaraan Lanjutan
Struktur Data dan Analisis Algoritma
Analisis dan Rekabentuk Sistem
Sistem Pangkalan Data dan Capaian Maklumat
Kejuruteraan Perisian
Pengurusan Projek Teknologi Maklumat
Organisasi Sistem Komputer
Sistem Pengoperasian
Matematik Untuk Teknologi Maklumat
Pengenalan Kepintaran Buatan
Komunikasi Data
Statistik Untuk Teknologi Maklumat
Interaksi Manusia dan Komputer
Pengenalan Pembangunan Sistem Maklumat
Asas Kewangan
Praktikum

Elektif Bebas
Pelajar boleh mengambil mana-mana kursus yang ditawarkan
oleh institusi dengan mengambilkira perkara berikut:

a. Perlu memenuhi pra – syarat kursus jika kursus tersebut
memerlukan pra – syarat .

b. Kursus-kursus setara tidak boleh dijadikan sebagai elektif
bebas.
 
Bahasa Pengantar
Para pelajar akan melalui proses pembelajaran dengan menggunakan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Yuran Pengajian
RM180.00 / kredit yang diambil pada setiap semester.

Prospek Kerjaya
Dalam dunia pekerjaan kini, masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, para pelajar mempunyai prospek yang amat luas dalam bidang kerjaya selepas menamatkan pelajaran mereka sama ada dalam bidang perniagaan ataupun teknologi maklumat. Antaranya ialah pegawai tadbir, pegawai pemasaran, pegawai personel, pegawai operasi, eksekutif pengeluaran, penyelia pengeluaran, pegawai bank, guru dan lain-lain lagi. Bagi bidang Teknologi Maklumat pula, pelajar boleh menjawat jawatan sebagai Juru Analisis Sistem, Pengaturcara Komputer, Pentadbir Sistem, Pentadbir Pangkalan Data, Pentadbir Rangkaian, Pengurus IT.

Malah, pelajar juga berpeluang untuk menjadi Usahawan sekiranya mereka berminat untuk bekerja sendiri atau terlibat dalam dunia perniagaan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :
Puan Suzaimah Sulaiman
Pengurus Program UUM-KYM
Email:
Tel : 06 2817732 samb 265
Fax : 06 281 7619
 

 

>>Kembali ke Laman Utama
Hubungi KamiAMI
Kemasukan :

Maklumat Umum:


Kolej Yayasan Melaka,
No 1, Jalan Bukit Sebukor,
75150 Melaka.

Talian Unit Kemasukan:
06 - 281 7732 Ext:208/322/228/209


Faks :
06 - 281 6845