Sekolah Pengurusan Korporat

Klik untuk cetak

Pengenalan
Sekolah Pengurusan Korporat ditubuhkan khusus untuk melahirkan tenaga professional sama ada dalam bidang perakaunan ataupun bidang-bidang lain yang berkaitan dan bersesuaian dengan prospek kerjaya pada masa hadapan. Menjurus kepada pembinaan karisma dan profesionalisme, aspek-aspek yang dititikberatkan tentunya dari segi pembinaan kurikulum yang selari dengan hasrat Kolej Yayasan Melaka amnya dan sekolah khasnya tanpa menidakkan kepentingan dan permintaan industri.

k

BIDANG PENGAJIAN

Bil

Nama Program

Kelulusan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS)

1

Diploma In Accounting [KA 4053]

Ruj JPS : KP(JPS)5195/IPTS/893/Jld.III(64)

Tarikh Kelulusan : 25 Jun 2004

2

Diploma In Business Studies (Marketing) [KA 5556]         

Ruj JPS : KP(JPS)5195/IPTS/893/Jld.III(90)

Tarikh Kelulusan : 17 Januari 2005

 

LATAR BELAKANG PROGRAM

(i)

Diploma In Accounting [KA 4053]

Kod Pengajian : DIA

Tempoh Pengajian : 6 semester

Jumlah kredit : 91 jam kredit (sepenuh masa)

Pengambilan : Julai

Permohonan : Borang Permohonan

Diploma In Accounting diwujudkan khusus untuk melahirkan professional dalam bidang perakaunan. Silibus yang dibentuk khusus untuk mengasah kemahiran di bidang perakaunan dan pada masa yang sama membangunkan kemahiran analitik dan kemahiran membuat keputusan ke arah memupuk sifat kepimpinan masa hadapan. Malah para pelajar juga diajar memahami situasi ekonomi yang tidak menentu bagi membolehkan para graduan bersedia dan mampu berhadapan secara berterusan dengan perubahan tersebut.

Objektif Penubuhan :

i. Membantu dalam menyediakan sumber manusia di peringkat professional pertengahan yang sesuai untuk keperluan negara khasnya dalam bidang perakaunan.

ii. Menawarkan program yang mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu rantau Asia.

iii. Memberi peluang kepada pelajar khasnya pelajar bumiputera untuk menceburi bidang profesional dan membantu mencapai hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia dan Rancangan Jangka Panjang selari dengan keperluan negara untuk menjadi negara maju.

iv. Menyediakan asas bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian untuk memasuki bidang profesional perakaunan.

v. Menyediakan peluang kepada kakitangan sokongan yang sedia ada dalam organisasi untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka.

vi. Meningkatkan kualiti dan pengetahuan khusus mengenai perakaunan kepada kakitangan sokongan dalam organisasi.

Syarat Kemasukan :

Lulus SPM atau yang setaraf dengannya serta mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Malaysia

b) Matematik/Perakaunan

c) 3 kepujian dari mana-mana mata pelajaran

d) Serta lulus Bahasa Inggeris

Catatan: Calon-calon yang memenuhi syarat kemasukan layak mendapat tajaan PTPTN.

Pecahan Klasifikasi Matapelajaran :

Taraf Asas

Bil

Matapelajaran

1

English I

2

Principles of Management

3

English II

4

English III

5

Computerized Accounting

Taraf Wajib Kolej

Bil

Matapelajaran

1

Ko-kurikulum Kor Wira Siswa I

2

Ko-kurikulum Kor Wira Siswa II

Taraf Wajib

Bil

Matapelajaran

1

Financial Accounting 1

2

Microeconomics

3

Bahasa Kebangsaan

4

Financial Accounting 2

5

Business Mathematics

6

Information Technology Process

7

Macroeconomics

8

Financial Accounting 3

9

Pengajian Malaysia

10

Corporate Business Law

11

Cost Accounting System

12

Business Statistics

13

Management Accounting

14

Audit Practice & Procedure

15

Preparing Taxation Computation & Returns

16

Financial Accounting 4

17

Pendidikan Islam/Moral Etika

18

Business Taxation

19

Business Communication

20

Practical Training (Internship ¬ Accounting) **

21

Financial Management

22

Financial Accounting 5

23

Audit & Internal Review

24

Company Law

25

Business Ethics

**Dijalankan pada waktu cuti panjang - 3 bulan

Bahasa Pengantar

Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

 
Yuran Pengajian

Yuran Pengajian : RM 2,250.00/Semester

 

Prospek Kerjaya

Program ini dibentuk agar melahirkan graduan terutamanya golongan bumiputera untuk menceburi bidang professional dan membantu mencapai hasrat kerajaan melahirkan sumber tenaga yang mampu menjana pembangunan negara. Graduan di bidang ini diperlukan di semua organisasi baik di sektor kerajaan mahupun sector swasta. Malah para pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 
 

(ii)

Diploma In Business Studies (Marketing) [KA 5556]

Kod Pengajian : DBS

Tempoh Pengajian : 6 semester

Jumlah kredit : 90 jam kredit (sepenuh masa)

Pengambilan : Julai

Permohonan : Borang Permohonan

Diploma in Business Studies (Marketing) ditawarkan khusus untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk mendalami bidang perniagaan dan mengkhusus kepada bahagian pemasaran. Program pengenalan ini merangkumi bidang pengurusan secara keseluruhannya sebelum menjurus kepada bidang perniagaan dan pemasaran. Modul teras yang diperkembangkan ialah kunci penilaian perniagaan dan asas pengurusan serta dikukuhkan dengan strategi-strategi perniagaan serta mengambil isu atau situasi semasa dalam dan luar negara.

 
Objektif Penubuhan

i. Menawarkan lebih peluang dan pilihan kursus pengajian yang mempunyai prospek pekerjaan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM atau peluang melanjutkan pelajaran bagi mereka yang telah bekerja.

ii. Memberi peluang yang lebih besar kepada pelajar untuk mengikuti program ini di IPTS memandangkan tempat di IPTA tidak mencukupi.

iii. Memberikan pelajar-pelajar pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pengurusan dan teknikal terutama semasa mengikuti latihan industri yang mencukupi bagi membolehkan mereka membuat penentuan yang tepat dan kesimpulan yang logik berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang berkaitan.

Syarat Kemasukan

Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam matapelajaran berikut:

a)  Bahasa Malaysia

b) Matematik; dan

c) 3 kepujian dari mana-mana matapelajaran

d) Serta lulus Bahasa Inggeris

Catatan: Calon-calon yang memenuhi syarat kemasukan layak mendapat tajaan PTPTN

Pecahan Klasifikasi Matapelajaran

            Taraf Asas

Bil

Nama

1

English I

2

Microeconomics

3

Computer Application In Business

4

Principles Of Management

5

Business Mathematics

6

Macroeconomics

7

Organisational Behaviour

8

English III

9

Principles Of Accounting

10

Statistics

11

Managerial Accounting

12

Principles Of Finance

13

Business Law

            Taraf Teras

Bil

Nama

1

Principles Of Marketing

2

Marketing Management

3

Product Development

4

Basics Entrepreneurship

5

Consumer Behavior

6

Business Communication Skills

7

Marketing Channels

8

Sales Management

9

Industrial Training

10

Advertising And Promotion Management

11

Service Marketing

12

International Marketing

13

Marketing Research

            Taraf Wajib

Bil

Nama

1

Pengajian Malaysia

2

Co-Curriculum I

3

Islamic Studies/ Moral Studies

4

English II

5

Co-Curriculum II


Bahasa Pengantar   

Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

Yuran Pengajian

Yuran Pengajian : RM 3,000.00/satu semester

Prospek Kerjaya

Dunia pemasaran merupakan satu dunia yang sangat menarik dan mencabar. Tetapi, persaingan yang semakin meningkat menyebabkan majikan memerlukan individu yang benar-benar berkebolehan dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Di Kolej Yayasan Melaka, silibus-silibus yang dirumus adalah untuk melahirkan pengurusan pemasaran yang benar-benar bersedia menghadapi persaingan luar.

 

 



Hubungi Kami
Kemasukan :

Maklumat Umum :


Kolej Yayasan Melaka,
No 1, Jalan Bukit Sebukor,
75150 Melaka.

Telefon  : 06 - 281 7732
Faks      : 06 - 281 6845