Sekolah Teknologi Perindustrian

k
Bidang Pengajian :
Diploma Teknologi Multimedia
Kod Pengajian :
Tempoh Pengajian : 6 semester
Jumlah kredit : 91 jam kredit
(sepenuh masa)
Pengambilan : Julai, Disember
Permohonan : Borang Permohonan

 
Peringkat : Diploma

Objektif Kursus Pengajian :

1. Membantu dalam menyediakan sumber manusia di peringkat professional pertengahan yang sesuai untuk keperluan negara khasnya dalam bidang teknologi Multimedia.

2. Menawarkan program yang mendapat pengiktirafan industri untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

3. Memberi peluang kepada pelajar khasnya pelajar bumiputra untuk menceburi bidang industri dan membantu mencapai hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia dan Rancangan Jangka Panjang selari dengan keperluan negara untuk menjadi negara maju.

4. Menyediakan asas bagi pelajar bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan industri dalam mengisi keperluan pekerja mahir.

5. Menyediakan peluang kepada pekerja mahir yang sedia ada dalam organisasi untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka.

6. Meningkatkan kualiti dan pengetahuan khusus di dalam bidang teknologi multimedia

 

Syarat Kemasukan :

Lulus peperiksaan SPM/SPM(V) atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian dalam matapelajaran berikut :
a) Bahasa Melayu dan
b) Mana-mana dua (2) matapelajaran yang lain.

 
Matapelajaran setiap semester :

Semester 1

Semester 2

Semester 3

- Aplikasi & Sistem Komputer

- English I

- Grafik Komputer I

- Ko-Kurikulum I

- Matematik I

- Pengajian Malaysia

- Pengenalan Kepada Komputer Multimedia

- Animasi Dalam Multimedia

- English II

- Grafik Komputer II

- Kaedah Analisa dan Rekabentuk Sistem

- Komunikasi Visual

- Matematik II

- Penyelidikan Visual

- Bahasa Kebangsaan

- English III

- Ko-Kurikulum II

- Matematik III

- Pembangunan Aplikasi Multimedia

- Pengaturcaraan Visual

- Pengurusan Projek Multimedia I

Semester 4

Semester 5

Semester 6

- Asas Pemasaran

- Moral dan Etika

- Pangkalan Data

- Pembangunan Sumber Manusia

- Pengajian Islam

- Pengenalan Perniagaan

- Pengurusan Projek Multimedia II

- Statistik

- Latihan Industri

-Projek Akhir

- Prinsip Keusahawanan

 
 

Institusi penganugerahan kelayakan akademik :
Kolej Yayasan Melaka

Prospek Kerjaya :
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti penghasilan iklan, perisian multimedia dan laman web. Graduan Diploma ini akan lebih bertumpu kepada penyeliaan, perekabentukkan dan perancangan sesuatu projek berasaskan multimedia, pengiklanan atau persembahan dengan menggunakan teknologi ICT terkini. Selari dengan perkembangan Multimedia Super Corridor (MSC) peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang baik.

 

k
Bidang Pengajian :
Diploma Teknologi Elektrik
Kod Pengajian : DTL
Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
Jumlah kredit : 91 jam kredit
(sepenuh masa)
Pengambilan : Julai, Disember
Permohonan : Borang Permohonan

 
Peringkat : Diploma

Objektif Kursus Pengajian :
1. Membantu dalam menyediakan sumber manusia di peringkat professional, pertengahan yang sesuai untuk keperluan negara khasnya dalam bidang teknologi elektrik.

2. Memberi peluang kepada pelajar khasnya pelajar bumiputera untuk menceburi bidang industri dan membantu mencapai hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia dan Rancangan Jangka Panjang selari dengan keperluan negara untuk menjadi negara maju.

3. Menyediakan asas bagi pelajar bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan industri dalam mengisi keperluan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran dalam pemasangan elektrik, dapat menganalisa masalah, berkemahiran berfikir, seorang yang beretika dan mempunyai kemahiran berkomunikasi.

4. Menyediakan peluang kepada pekerja mahir yang sedia ada dalam organisasi untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka dari segi pendedahan teori dan kemahiran yang mencukupi.

5. Meningkatkan kualiti dan pengetahuan khusus mengenai industri elektrik kepada juruteknik khasnya dalam industri yang diceburi.

6. Mendedahkan pembelajaran dan kemahiran supaya dapat memotivasi dan menggalakkan pelajar menyambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat menerajui dalam bidang dan industri yang diceburi
 

Syarat Kemasukan :

Lulus peperiksaan SPM/SPM(V)/O-Level dengan memperolehi minimum tiga (3) kredit atau Lulus SM III (UEC) serta lulus Bahasa Malaysia

Atau

Lulus Sijil yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan (JPS/LAN) daripada IPTS atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh kerajaan.

 
Matapelajaran setiap semester :

Semester 1

Semester 2

Semester 3

- Matematik 1

- Sains Kejuruteraan 1

- Bahasa Inggeris 1

- Lukisan Kejuruteraan Elektrik

- Bahasa Kebangsaan

- Teknologi Bengkel

- Matematik 2

- Sains Kejuruteraan 2

- Bahasa Inggeris 2

- Pepasangan Elektrik 1

- Kemahiran Komputer

- Teori Litar 1

- Analog Elektronik 1

- Pengautomatan Industri

- Kawalan Motor Elektrik 1

- Analog Elektronik 2

- Digital Elektronik 1

- Pengajian Malaysia

- Lukisan Kejuruteraan Elektrik Berbantu Komputer

Semester 4

Semester 5

Semester 6

- Mikropemproses

- Digital Elektronik 2

- Teknologi Elektrik

- Pendidikan Islam / Moral

- Kawalan Motor Elektrik 2

- Kawalan Automasi 1

-Akta dan Peraturan Elektrik

- Pepasangan Elektrik 2

- Kawalan Automasi 2

- Teori Litar 2

- Elektrik Kuasa

- Latihan Industri : Laporan Latihan Industri

 
 

Institusi penganugerahan kelayakan akademik :
Kolej Yayasan Melaka

Prospek Kerjaya :
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam industri penyelenggaraan dan pemasangan elektrik sebagai seorang Pembantu Teknik, Pembantu Jurutera, atau Juruteknik Kanan. Graduan Diploma ini akan lebih bertumpu kepada penyeliaan, pembaikan kerosakkan, pemasangan litar dan peralatan elektrik dan perancangan sesuatu projek. Peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang baik.

k
Bidang Pengajian :
Diploma Teknologi Elektronik Industri
Kod Pengajian : DTE
Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
Jumlah kredit : 91 jam kredit
(sepenuh masa)
Pengambilan : Julai, Disember
Permohonan : Borang Permohonan

 
Peringkat : Diploma

Objektif Kursus Pengajian :

1. Membantu dalam menyediakan sumber manusia di peringkat professional, pertengahan yang sesuai untuk keperluan negara khasnya dalam bidang teknologi elektronik dan pembuatan.

2. Memberi peluang kepada pelajar khasnya pelajar bumiputera untuk menceburi bidang industri dan membantu mencapai hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia dan Rancangan Jangka Panjang selari dengan keperluan negara untuk menjadi negara maju.

3. Menyediakan asas bagi pelajar bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan industri dalam mengisi keperluan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran dalam bidang elektronik, dapat menganalisa masalah, berkemahiran berfikir, seorang yang beretika dan mempunyai kemahiran berkomunikasi.

4. Menyediakan peluang kepada pekerja mahir yang sedia ada dalam organisasi untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka dari segi pendedahan teori dan kemahiran yang mencukupi.

5. Meningkatkan kualiti dan pengetahuan khusus mengenai industri elektronik kepada juruteknik khasnya dalam industri yang diceburi.

6. Mendedahkan pembelajaran dan kemahiran supaya dapat memotivasi dan menggalakkan pelajar menyambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat menerajui dalam bidang dan industri yang diceburi.
 

Syarat Kemasukan :

Lulus peperiksaan SPM/SPM(V)/O-Level dengan memperolehi minimum tiga (3) kredit atau Lulus SM III (UEC) serta lulus Bahasa Malaysia

Atau

Lulus Sijil yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan (JPS/LAN) daripada IPTS atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh kerajaan.

 
Matapelajaran setiap semester :

Semester 1

Semester 2

Semester 3

- Litar Elektrik I

- Pengenalan Komputer

- Matematik I

- Sains Kejuruteraan I

- Bahasa Kebangsaan

- Bahasa Inggeris I

- Elektronik Digital I/Mini Projek

- Elektronik I

- Pengaturcaraan Komputer

- Matematik II

- Sains Kejuruteraan II

- Bahasa Inggeris II

- Elektronik Digital II/Mini Projek

- Elektronik II

- Litar Elektrik II

- Sains Kejuruteraan III

- Matematik III

- Pengajian Islam/Moral

Semester 4

Semester 5

Semester 6

- Elektronik Kuasa

- Mikroprosesor

- Konsep Penyenggaraan

- Pengajian Malaysia

- Pengautomasi Industri

- PLC dan Robotik

-Pengurusan Personel

- Sistem Perhubungan

- Sistem Kawalan

- Mikropengawal

- Projek Akhir

- Latihan Industri : Laporan Latihan Industri

 
 

Institusi penganugerahan kelayakan akademik :
Kolej Yayasan Melaka

Prospek Kerjaya :
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam industri penyelenggaraan dan pembuatan (Manufacturing) sebagai seorang Pembantu Teknik, Pembantu Jurutera, atau Juruteknik Kanan. Graduan Diploma ini akan lebih bertumpu kepada penyeliaan, pembaikan kerosakkan, perancangan penyelenggaraan berkala, pemasangan dan pengaturcaraan peralatan automasi industri dan perancangan sesuatu projek. Peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang baik sama ada dalam industri pembuatan (manufacturing) atau penyelnggaraan.

>>Kembali ke Laman Utama
Hubungi KamiAMI
Kemasukan :

Maklumat Umum:


Kolej Yayasan Melaka,
No 1, Jalan Bukit Sebukor,
75150 Melaka.

Talian Unit Kemasukan:
06 - 281 7732 Ext:208/322/228/209


Faks :
06 - 281 6845