Prospek
Kerjaya Sijil Kemahiran
Jurubina
Bangunan Keterangan
Kursus :
Pelatih akan diajar cara membaca pelan binaan serta langkah-langkah
pembinaan bangunan dengan kemasan dan lepasan, kerja konkrit,
'setting out' bangunan, membuat anggaran bahan dan memasang jubin
lantai dan dinding. Pelatih juga didedahkan dengan kerja-kerja
kayu dan pemasangan paip sebagai pelajaran teras.
Peluang Pekerjaan :
Pertumbuhan pesat industri pembinaan membuka peluang pekerjaan
yang luas kepada jurubina bangunan dengan bekerja dengan syarikat
pembinaan sebagai pekerja mahir atau menjadi penyelia tapak dan
kerani kerja. Mereka juga boleh menjalankan pekerjaan sendiri
seperti menjadi kontraktor.
Pelukis Pelan (Senibina)
Keterangan
Kursus :
Merangka lukisan unjuran, keratan, perspektif, lukisan perincian,
geometri dan lukisan kerja dan ukur bangunan. pelatih juga akan
mempelajari cara merekabentuk bangunan, kerja-kerja ukur tanah,
penentu bayang, teknik mewarna, lukisan persembahan dan undang-undang
pembinaan.
Peluang Pekerjaan :
Peluang pekerjaan terdapat di syarikat-syarikat kejuruteraan awam
yang terlibat dalam aktiviti pembinaan. Sejak kebelakangan ini
industri pembinaan telah berkembang dengan pesatnya. Dengan demikian,
para lepasan kursus ini mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan
pekerjaan.
Juruelektrik (Domestik & Industri) /Wireman PW-1
Keterangan
Kursus :
Pelatih akan diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali,
dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri),
mencari, mengesan dan merawat kerosakan alat-alat elektrik serta
mengawal, membaikpulih alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik
industri mengikut piawaian Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas.
Peluang Pekerjaan :
Permintaan untuk Jurueletrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka
meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan
Juruelektrik di industri-industri tempatan. Juruelektrik yang
berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau
penilai bagi firma kontrak elektrik. Mereka yang mempunyai sijil
kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri
sebagai kontaktor elektrik.
Mekanik/Juruteknik Teknologi Elektronik Industri
Keterangan
Kursus :
Pelatih akan diajar merancang kawalan logik (logic control) dan
gabungannya, mengesan dan membaiki kerosakan alat dengan menggunakan
jangka voltan digital, "oscilloscope", pengira ulangan
dan alat "probe" logik serta memeriksa dan mengawal
pemacu motor elektronik dan mesin-mesin elektrik lain.
Peluang Pekerjaan :
Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di firma-firma yang
membuat dan menyelenggara peralatan elektronik bagi pejabat-pejabat
dan loji-loji industri. Peluang pekerjaan juga terdapat di stesen
radio dan televisyen serta makmal-makmal penyelidikkan dalam bidang
elektronik. Peluang pekerjaan adalah cerah kerana pertumbuhan
pesat industri yang berasaskan elektronik.
Penjaga Jentera Elektrik A-0 Keterangan
Kursus :
Pelatih akan diajar kerja-kerja pemasangan loji dan mesin, ,menyelenggara,
merawat dan membaikpulih beberapa jenis alat jentera elektrik
dan mampu mengendalikan radas hidup. Pelatih juga akan diajar
ciri-ciri keselamatan pengguna dengan memastikan pemasangan elektrik
terselamat dari risiko kebakaran, kejutan elektrik dan mampu memberi
pertolongan cemas di peringkat awal.
Peluang
Pekerjaan :
Pekerja dalam bidang ini sangat diperlukan. Pertumbuhan pesat
sektor perkilangan membuatkan permintaan kepada pekerja di bidang
ini bertambah dengan banyak. Para lepasan kursus ini mempunyai
peluang yang baik untuk mendapatkan pekerjaan.
Juruteknik Sistem Komputer Keterangan
Kursus :
Pelatih akan diajar pemasangan, penyelenggaraan mengesan kerosakan,
membaiki sistem rangkaian komputer serta merangka bentuk sistem
komputer.
Peluang
Pekerjaan :
Lulusan kemahiran ini berpeluang bekerja di syarikat-syarikat
yang berorientasikan sistem komputer, termasuk industri yang mengendalikan
penyelenggaraan yang berkaitan dengan komputer. Mereka akan ditugaskan
untuk memberikan khidmat sokongan seperti menyenggara dan memantau
komponen dan peralatan sistem komputer, penyambungan rangkaian
dan perkakasan yang terlibat.
Perekabentuk Multimedia : Pengarangan Keterangan
Kursus :
Lepasan kursus ini akan berupaya mengendalikan sistem pengoperasian
komputer, merekabentuk persembahan multimedia, mengenalpasti kerosakan
sistem komputer, menghasilkan kerja-kerja 'grafik audio dan video'
dan menghasilkan laman web yang mudah. Peserta dikehendaki menjalani
latihan amali dan teori disamping menghasilkan projek multimedia.
Peluang Pekerjaan :
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran
seperti penghasilan iklan, perisian multimedia dan laman web.
Selari dengan perkembangan Multimedia Super Corridor (MSC) peserta
kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan
untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang baik.
Juruteknik Rangkaian Komputer Keterangan
Kursus :
Pelatih yang telah mengikuti kursus ini akan berupaya mengendalikan
sistem rangkaian komputer. Konfigurasi antara komputer dengan
komputer, server, router Local Area Network (LAN), Wide Area Network
(Internet). Protokol Internet, Topologi perangkaian komputer,
ISDN dan perkara yang berkaitan dengan rangkaian.
Peluang Pekerjaan :
Lulusan kemahiran ini berpeluang bekerja di syarikat-syarikat
yang berorientasikan perangkaian komputer, termasuk industri yang
mengendalikan penyelenggaraan yang berkaitan dengan komputer.
Mereka akan ditugaskan untuk memberikan khidmat sokongan seperti
menyenggara, memasang dan memantau komponen dan peralatan komputer,
perkakasan dan sistem yang terlibat dengan penyambungan
rangkaian dan operasi sistem rangkaian yang terlibat.
Pembangunan Aplikasi : Pengatucaraan
Keterangan
Kursus :
Peserta kursus ini akan dilatih dalam bidang-bidang pengurusan
data dan maklumat, membuat aturcara (program) yang bersesuaian
berdasarkan kesesuaian aplikasi yang dikehendaki. Melakukan ujian
terhadap data-data dan aturcara yang dihasilkannya.
Peluang
Pekerjaan :
Lulusan kemahiran ini berpeluang bekerja di syarikat-syarikat
yang perunding, firma atau mana-mana syarikat yang memerlukan
sistem pengurusan IT. Di dalam bahagian pengurusan sistem
maklumat (M.I.S) mereka akan ditugaskan untuk membuat satu
aturcara (program), coding, debug, testing terhadap aturcara tersebut.
|